PENYANYI Alicia Keys sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab di acara Anugerah Grammy sebagai hos selepas mengagumkan banyak pihak ketika memainkan peranan tersebut sebelum ini. Memetik laporan Mirror, penyanyi berusia 38 tahun ini berasa terharu apabila diberikan kepercayaan dan peluang untuk mengacarakan program tersebut sekali lagi. "Sejujurnya, saya tak sangka dapat jadi hos lagi sebab saya ingatkan tahun lepas saja saya diberi peluang untuk jadi hos. "Bila diberi lagi peluang sekali lagi, semestinya saya tidak ragu-ragu untuk bekerjasama dengan mereka. Alicia tak sangka diberikan peluang lagi sekali untuk jadi hos di Anugerah Grammy. "Lagipun, tahun lepas merupakan pengalaman terindah buat saya," katanya. Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga buat penyanyi lagu If I Ain't Got You itu dalam memainkan peranan sebagai hos. Anugerah Grammy kali ke-62 bakal berlangsung pada 27 Januari depan. - Mirror