suria

Agnez terus dikecam, Anggun minta netizen tak jadi hakim - “Yang paling penting apa? Darah atau pasport Indonesia?”

Status ditulis Anggun di laman Twitter menarik perhatian netizen.

TINDAKAN penyanyi Agnez Monica mengakui dirinya tidak berdarah Indonesia di sebuah program di Amerika Syarikat terus mengundang kecaman netizen.

Rakaman video temubual itu terus menjadi perbualan hangat pengguna laman sosial sehingga menarik perhatian rakan artis, Anggun Cipta Sasmi.

Menerusi laman Twitter, Anggun menulis status seolah-olah menujukan mesej tersebut kepada netizen berikutan kritikan yang dilemparkan kepada Agnez Monica.

ARTIKEL BERKAITAN: Agnez Monica berang kenyataan tiada darah Indonesia diputar belit - “Saya tidak boleh memilih DNA tapi sentiasa berdiri untuk negara saya!”

"Jangan mengaku orang Indonesia... helo itu orang Perancis! Orang cakap: Malu sama negara ya sampai cakap tak punya darah Indonesia sama sekali.

"Jadi yang penting itu apa? Darah Indonesia atau pasport Indonesia?

"Yang paling penting adalah belajar untuk tidak menghakimi orang. Itulah masalahnya!" tulis Anggun di laman tersebut.

Status ditulis Anggun di Twitter menarik perhatian pengikut.

Pada Selalu lalu, Agnez yang sedang membina nama di Amerika Syarikat dikecam kerana menyebut tidak memiliki darah Indonesia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Matahariku ini menjelaskan ada pihak yang sengaja menyunting dan menyebarkan rakaman pendek video tersebut sehingga membuatkan penonton salah faham.

Dia turut bersedih kerana selama ini membawa nama Indonesia di peringkat antarabangsa dan mengakui sentiasa bangga dengan negara tersebut.

Untuk rekod, Anggun menukar kerakyatan menjadi warga Perancis sejak beberapa tahun lalu.

Agnez Monica, Anggun Cipta Sasmi

Artikel Lain