suria

Akui kesilapan pegang tangan Alisha Wainwright, Justin Timberlake mohon maaf kepada isteri dan keluarga

Justin mohon maaf kepada isteri kerana terpaksa melalui situasi yang memalukan.

PENYANYI dan pelakon Justin Timberlake memohon maaf atas tindakannya memegang tangan pasangan lakonannya, Alisha Wainwright baru-baru ini.

Menurut Justin, dia tidak menyedari perkara itu kerana dalam keadaan mabuk.

Justin turut meminta maaf kepada isteri dan keluarganya kerana kesilapannya membuatkan mereka perlu melalui situasi yang memalukan itu.

"Saya terlalu mabuk pada malam itu dan saya sangat menyesal dengan kelakuan saya dan saya sepatutnya tahu lebih baik.

Foto dan video Justin berpegangan tangan dengan Alisha menjadi tular.

"Ini bukan contoh yang saya mahu tunjukkan kepada anak saya. Saya minta maaf kepada isteri dan keluarga saya kerana meletakkan mereka dalam situasi yang memalukan.

"Saya akan beri tumpuan sepenuhnya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik untuk mereka," katanya.

Baru-baru ini, tersebar foto dan video Justin berpegangan tangan dengan Alisha Wainwright sehingga mengundang kecaman netizen.

Isteri Justin iaitu pelakon Jessica Biel turut terkejut apabila mengetahui mengenai perkara itu.

Sumber - Hollywoodlife

Artikel Lain