suria

Kesihatan semakin baik, Kim Woo Bin dilapor tinggalkan agensi penghujung bulan ini

Kim Woo Bin sebelum ini disahkan menghidap kanser tekak pada 2017.

PELAKON dan model terkenal Korean Selatan, Kim Woo Bin merancang untuk meninggalkan agensinya, SidusHQ pada penghujung bulan ini.

Sebelum ini, menurut laporan berita Korea 'TV Daily' pada Khamis, Kim Woo Bin dikatakan bakal meninggalkan SidusHQ pada akhir bulan ini sejurus tamat tempoh kontraknya bersama agensi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menderita Kanser, Woo Bin Diminta Sertai Tentera

"Kim Woo Bin mempunyai hubungan yang baik bersama agensinya. Oleh itu, walaupun terpisah mereka akan tetap memberi sokongan antara satu sama lain pada masa akan datang.

Kim Woo Bin bersama peminatnya.

"Agensi inilah yang banyak berkorban ketika dia menjadi bintang dan tidak hanya itu, ketika dia sedang berjuang dengan penyakitnya. Begitulah besar kasih sayang terhadap Kim Woo Bin. Nampaknya mereka menghormati keputusannya untuk meninggalkan agensi itu," kata sumber.

Sementara itu, agensi pengurusan pelakon itu kemudiannya memberi respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan berhubung berita Kim Woo Bin akan meninggalkan agensinya.

"Benar bahawa kontrak eksklusif Kim Woo Bin dengan agensi kami akan berakhir pada penghujung bulan Disember ini. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada apa-apa kata putus dan kemungkinan kami akan memperbaharui kontraknya," jelas agensi itu.

Kim Woo Bin mendatangani perjanjian kontraknya bersama SidusHQ pada tujuh tahun lalu iaitu pada 2012.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini kemudiannya didiagnosis kanser tekak atau nasofaring sekitar tahun 2017, dan mengambil masa hampir dua tahun memberi tumpuan kepada pemulihanya dan baru-baru ini tahap kesihatan dilaporkan semakin baik.

Kim Woo Bin kini membintangi satu filem baharu yang diarah oleh pengarah Choi Dong Hoon. Soompi

Kim Woo Bin

Artikel Lain