suria

Mark Wahlberg dapatkan badan sasa selepas 6 bulan jaga makan dan latihan

Mark kini berbadan sasa.

PELAKON Mark Wahlberg menunjukkan susuk badannya yang menakjubkan selepas enam bulan mengamalkan makanan sihat dan melakukan latihan F45.

Mark, 48, berkata, latihan selama enam bulan dengan pemakanan yang bersih membuatkan bentuk badannya menjadi berotot. 

"Saya membuat latihan ini berilhamkan makanan yang seimbang, air kesihatan dan membuat latihan bersama F45"

"Makan makanan yang sihat. Ia dapat memberikan inspirasi untuk kita supaya menjadi lebih baik, latihan pasukan dan perubahan hidup," ujarnya.

Bintang filem itu, Mark turut teruja dengan program kecergasan Australia F45.

HollywoodLife membuat jangkaan bahawa Mark tidak akan menjamah makanan pada perayaan Krismas ini.

CEO Wahlburger itu bukan sahaja memberikan inspirasi kepada jutaan pengikutnya akan tetapi ia juga menarik perhatian bintang-bintang filem yang lain.

mark wahlberg

Artikel Lain