suria

Yoo Jae Suk nafi lakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita

Yoo Jae Suk menafikan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

PENGACARA dan pelakon terkenal Korea Selatan, Yoo Jae Suk menafikan tuduhan bahawa dia merupakan selebriti yang dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Baru-baru ini, sebuah saluran YouTube Garo Sero Institute telah mendedahkan satu temu bual bersama seorang wanita mendakwa pernah menerima gangguan seksual dari seorang selebriti yang pernah muncul di program Ifinite Challenge MBC pada masa itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta diketahui umum, Lee Kwang Soo bimbang rakaman ‘Running Man’ terganggu

Bekas wartawan hiburan, Kim Yong Ho mendedahkan dakwaan tersebut menerusi saluran YouTube Garo Sero Instutite itu.

Yoo Jae Suk mula melibatkan diri dalam industri hiburan dalam bidang pengacaraan. 

"Selebriti ini sangat terkenal dan beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Kim Gun Mo," katanya.

Susulan penyiaran temu bual itu, netizen mula membuat spekulasi siapa selebriti yang dimaksudkan dan pernah muncul dalam program Infinite Challenge.

Malah menguatkan lagi spekulasi tersebut, 'Infinite Challenge' dan 'Yoo Jea Suk' dilihat menduduki tangga pertama menerusi carian di laman portal.

Yoo Jae Suk (kanan) bersama bintang Running Man yang lain.

Berikutan spekulasi negatif yang tersebar, bintang Running Man, Yoo Jae Suk akhirnya menjawab dakwaan tersebut dalam sidang akhbar konsert pertamanya sebagai penyanyi.

"Nama saya berada di kedudukan teratas carian di laman portal, dan ramai yang bertanya kepada saya adakah saya selebriti yang dimaksudkan itu.

"Saya sangat terkejut. Semestinya itu bukan saya, dan bercakap tentang perkara itu akan membawa kepada salah faham. Saya menafikan tuduhan itu.

"Saya berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi dan tidak ada yang akan menjadi mangsa seterusnya,"katanya. Soompi

Yoo Jae Suk

Artikel Lain