suria

Hampir tak perasan! Netizen terkejut wajah Adele seiras Sarah Paulson selepas hilang 20 kg

Netizen terkejut wajah Adele (kanan) seiras Sarah (kiri) sehingga nama mereka menjadi trending di Twitter.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Adele yang kelihatan semakin kurus menerusi perkongsian foto di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Rata-rata pengikut laman sosial itu terkejut melihat perubahan wajah penyanyi lagu Someone Like You itu seiras pelakon Sarah Paulson.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat terkejut, Adele susut hampir 20 kilogram selepas bercerai

Selain Sarah Paulson, ada juga netizen yang berpendapat Adele kini mirip penyanyi Miley Cyrus dan Lana Del Rey.

Adele berkongsi foto terbaharunya di Instagram.

"Sekejap... Adakah ini Adele? Bila dia menjadi sangat kurus? Anda boleh beritahu saya ini adalah Miley Cyrus, Sarah Paulson atau Lana Del Rey dan saya mungkin tidak akan persoalkannya.

"Adakah Adele sebenarnya Sarah Paulson?

"Saya melihat foto ini sebanyak tiga kali untuk pastikan ini bukan Sarah Paulson," tulis beberapa netizen di Twitter.

Dalam pada itu, nama Sarah Paulson dan Adele juga menjadi trending di laman sosial tersebut.

Adele berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram.

Sebelum ini, Adele mengejutkan peminatnya menerusi penampilan terbaharunya yang dilihat jauh lebih langsing selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecko April lalu.

Menurut laporan News.com.au, kehadiran Adele hampir tidak disedari ketika muncul ke majlis ulang tahun penyanyi Drake yang ke-33 tahun pada Oktober lalu.

Adele berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan kelihatan anggun dalam busana serba hitam yang digayakannya.

Pada 20 April lalu, penyanyi lagu Hello itu mengesahkan sudah bercerai dengan Simon Konecko selepas hampir empat tahun berkahwin.

Artikel Lain