suria

John Mayer punca Jessica Simpson alami masalah ketagihan alkohol

Jessica dedah dia mempunyai masalah alkohol disebabkan bekas kekasihnya.

PENYANYI dan pelakon Jessica Simpson memberitahu bekas kekasihnya yang juga penyanyi John Mayer menjadi punca dia berdepan masalah ketagihan alkohol.

Menurut laporan Hollywoodlife, dia mahu menjadi seorang yang sempurna di mata John menyebabkan dirinya berasa tertekan.

"Saya selalu berasa bimbang sekiranya tidak cukup pandai dan sempurna untuk dia. John seorang yang pandai dan tahu untuk mengambil hati.

Jessica bercinta dengan John selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nick.

"Disebabkan itu, saya minum bagi menghilangkan rasa kebimbangan yang saya alami," kata Jessica.

Jessica membuat pendedahan tersebut menerusi buku yang ditulisnya berjudul Open Book yang akan diterbitkan tidak lama lagi. 

Jessica dan John Mayer mula menjalinkan hubungan cinta pada 2017 selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nick Lachey. 

Jessica Simpson, John Mayer

Artikel Lain