AHLI kumpulan Monsta X's iaitu Joohoney berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya kepada peminat. Menurut laporan Soompi, Joohoney menjelaskan bahawa keadaan mentalnya begitu lemah dan berdepan dengan kesukaran. "Sekarang ini keadaan kesihatan mental saya lemah dan saya berdepan dengan waktu yang sukar. Saya mencuba pelbagai cara yang dapat membantu saya menyembuhkan penyakit ini. "Saya berdoa dalam gelap sambil menangis," tulisnya. Joohoney juga memberitahu bahawa dia ingin membuat kemunculan selepas keadaan kesihatannya pulih. "Saya ingin kembali, saya harus bekerja keras kerana saya mahu kembali dengan imej yang lebih baik untuk Monbebes sebagai Jooheon yang lebih matang. Sebelum ini, Joohoney mengumumkan bahawa dia sedang berehat daripada industri muzik kerana kesihatan mentalnya.