suria

Jessie J kini gemar mengemas, hubungan cinta jatuh tempat keempat

Kisah cinta Jessie J dan Channing Tatum kembali mekar selepas beberapa minggu berpisah.

MENGEMAS rumah menjadi perkara yang paling gemar dilakukan penyanyi Jessie J berbanding menjalani hubungan cinta dengan teman lelaki, Channing Tatum.

Jessie atau nama sebenarnya Jessica Ellen Cornish, 32, mendedahkan perkara itu melalui satu temuramah bersama The Times of London seperti yang dilaporkan Dailymail.

"Saya sentiasa menyediakan jadual bersama pembantu rumah, bermula daripada mengemas setiap bilik di rumah sehinggalah barang dapur yang ingin dibeli.

"Mengemas rumah adalah kegemaran saya ketika ini, malah memasak dan menyanyi jatuh di tempat kedua dan ketiga. Hubungan intim bersama teman lelaki pula jatuh di tempat keempat,” ujarnya. 

Jessie yang terkenal dengan lagu Price Tag ini mendedahkan perkara itu setelah hubungannya dengan Channing kembali bertaut selepas dikatakan berpisah bulan lalu.

Dalam pada itu, sumber terdekat pasangan itu mendedahkan mereka kembali bersama hanya beberapa minggu selepas berpisah kerana saling mencintai antara satu sama lain.

Jessie dan Channing mendedahkan kemesraan mereka kepada umum pada Oktober 2018.

Untuk rekod, Channing merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Everly Tatum yang kini berusia enam tahun.

jessie j

Artikel Lain