suria

Sweet sangat! “Setiap hari adalah 14 Februari” - Siti Badriah dedah suami tak pernah sambut Hari Kekasih

Suami Siti Badriah mengakui tidak pernah menyambut Hari Kekasih.

TARIKH 14 Februari yang dikenali sebagai Hari Kekasih diraikan oleh pasangan sedang bercinta dan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.

Berbeza dengan penyanyi dangdut, Siti Badriah yang tidak meraikan hari istimewa tersebut kerana menganggap setiap hari adalah hari meraikan kekasih.

Menurut laporan Kapan Lagi, Siti Badriah berkata suaminya iaitu Krisjiana sentiasa melayannya penuh romantis setiap hari.

"Orang lain sambut Valentine tapi saya harus kerja... suami pun pernah beritahu dia tak pernah sambut Hari Kekasih.

"Semenjak berkahwin setiap hari adalah 14 Februari, Alhamdulillah... kasih sayang yang diberikan suami mudah-mudahan setiap hari jadi hari kekasih," katanya.

Penyanyi lagu Lagi Syantik ini berkahwin dengan Krisjiana pada 25 Julai tahun lalu.

Siti Badriah

Artikel Lain