suria

“Terima kasih jadi inspirasi buat keluarga muda” - Acha Septriasa jadikan Ashraf, BCL idola dalam hubungan suami isteri

Acha kagumi keperibadian Allahyarham Ashraf Sinclair.

PENYANYI Acha Septriasa berkata kemesraan hubungan rumah tangga yang ditunjukkan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menjadi inspirasi untuk pasangan muda.

Menurut Acha, pasangan selebriti ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam sesebuah perhubungan suami dan isteri.

"Selama tinggal di Kuala Lumpur saya dengar dari teman-teman pejabat yang salah satunya jiran kalian. Yang paling saya ingat adalah Bunga dan Ashraf tak banyak bercakap tapi selalu tersenyum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruntung pergi dalam tidur, kami masih tak percaya!” - Rakan artis, peminat banjiri Instagram Ashraf Sinclair

"Banyak orang kata famili kamu gembira dengan apa yang ada dan selalu membawa keceriaan untuk orang lain dan mengingatkan kita untuk jadi diri sendiri.

"Terima kasih jadi inspirasi buat keluarga muda seperti saya. Jujur sedih tak boleh nak kata... saya mahu kami tahu saya sentiasa di sisi sebagai teman walaupun kita jauh," katanya.

Acha mengagumi BCL dan Ashraf Sinclair.

Acha menulis luahan kesedihan itu menerusi Instagram pada Rabu.

Setelah berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016, penyanyi lagu My Heart ini menetap di Australia.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama, Bridgia Kharisma.

Pada Selasa lalu, Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

Artikel Lain