suria

Hikmah hina kemaluan isteri, Galih Ginanjar lebih dekat dengan tuhan dan keluarga

Galih lebih positif selepas ditahan dalam penjara.

HAMPIR tujuh bulan ditahan dalam penjara kerana isu menghina kemaluan isteri, pelakon Galih Ginanjar mengakui jiwanya tertekan ketika awal hukuman.

Bagaimanapun, Galih berkata dia kini mulai reda dengan apa yang berlaku dan menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka.

Malah, dia mula mendekatkan diri dengan keluarga dan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes hina kemaluan isteri... Galih Ginanjar alami gatal-gatal dalam penjara, perlu bedak dan tukar pakaian dalam

"Dia macam ni, kalau difikirkan mesti tertekan, cuma kita ikut sajalah, kalau fikirkan memang boleh stres.

"Di dalam penjara itu banyak waktu terluang dan banyak hal positif kita boleh buat.

"Apa yang saya belajar, walau sibuk macam mana pun kita tetap kena cari waktu untuk buat ibadah wajib, sekejap sahaja tak lama," katanya.

Galih sedang berdepan perbicaraan atas hinaan yang dilakukan terhadap bekas isteri Fairuz (gambar kiri).

Sementara itu, bekas suami kepada aktres Fairuz A Rafiq ini mahu melalui kehidupan lebih sederhana apabila dibebaskan nanti.

Dia juga mahu membawa ibunya berjalan-jalan menaiki kereta api.

"Saya teringin bawa ibu jalan, di kawasan kami ada kereta api jadi mahu bawa dia naik kereta api.

"Kami belum pernah naik... jadi biar ada pengalaman baharu. Apa yang penting, setelah keluar nanti apa yang boleh kita buat sahaja," ujarnya.

Galih berhadapan dengan hukuman penjara maksimum selama enam tahun selepas mencemarkan nama baik bekas isteri, Fairuz A Rafiq menerusi sebuah program bual bicara di YouTube pada Julai tahun lalu.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemaluan bekas isteri dengan bau ikan masin.

Galih Ginanjar, Fairuz A Rafiq

Artikel Lain