suria

Kematian Ashraf Sinclair buat BCL lebih hayati cinta - “Hargai masa bersama orang tersayang dan saling mencintai”

BCL masih berduka dengan pemergian suami tercinta, Ashraf.

PENYANYI Bunga Citra Lestari berkata dia tidak menyangka akan kehilangan cinta sejatinya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dalam masa yang cepat.

Menurut laporan Liputan6, sebelum menyanyikan lagu Cinta Sejati di sebuah acara pada Jumaat lepas, BCL sempat meluahkan perasaannya selepas pemergian Ashraf.

ARTIKEL BERKAITAN: BCL muncul buat pertama kali, tak mampu tahan sebak, berjurai air mata atas pentas

BCL turut berharap agar sesiapa sahaja yang mendengarkan lagu itu akan sentiasa menghargai masa bersama orang tersayang.

BCL dan Ashraf mempunyai seorang anak lelaki, Noah.

"Saya tidak pernah sangka akan kehilangan cinta sejati dalam masa yang secepat ini.

"Tapi saya berharap, setiap kali saya menyanyikan atau anda mendengar lagu ini, kita semakin menghargai masa bersama orang tersayang dan saling mencintai," katanya.

Pada Jumaat lepas, BCL membuat kemunculan pertamanya di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan selepas Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Artikel Lain