suria

Selepas pulang daripada bercuti, Raffi Ahmad terus beli rumah jiran sebelah untuk dijadikan studio

Raffi Ahmad dan isterinya Nagita Slavina.

PELAKON Raffi Ahmad di khabarkan membeli sebuah rumah di sebelah kediamannya sekarang selepas pulang daripada bercuti bersama isterinya, Nagita Slavina.

Memetik laporan Tribunnews, Raffi berkata rumah baharu itu nanti akan dijadikan studio.

"Tak pernah dijangka rumah saya ketika ini boleh memanjang ke kanan. Kalau ada 'jodoh' rumah di sebelah ini akan saya jadikan studio.

Raffi dipercayai mahu membeli rumah jirannya untuk dijadikan studio Rans Entertainment.

"Atau sekiranya ibu mertua saya datang, dia boleh tinggal di sana... lebih mudah," katanya.

Difahamkan Raffi sudah membayar deposit bagi rumah berkenaan.

Sementara itu menerusi saluran YouTube Raffi, dia berkongsi sesi jelajah ke rumah sebelah yang bakal menjadi miliknya tidak lama lagi.

Kata Raffi, secara kebetulan pemiliknya sudah mengosongkan rumah berkenaan.

Raffi Ahmad

Artikel Lain