suria

Ayu Ting Ting mengaku tak mahu bercinta seperti orang muda, cari bapa untuk anaknya

Ayu Ting Ting berkata anaknya perlu seorang bapa.

PENYANYI dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting, kini sedang berkawan rapat dengan salah seorang pelakon dan ahli kumpulan Element iaitu Didi Riyadi.

Seperti dilaporkan tribunnews, Ayu memberitahu bahawa Didi merupakan seorang yang baik dan kelakar.

"Ya, sangat baik dan kelakar.

"Saya selesa berkawan dengan siapa saja, kalau jodoh dan sudah waktunya mesti nanti akan nampak," katanya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, bahawa sekarang bukan masa untuk bercinta seperti orang muda melainkan mencari pasangan hidup yang boleh dijadikan bapa untuk anaknya. 

"Saya tidak boleh kalau hanya sekadar bercinta, sudah bukan masanya untuk itu kerana Bilqis perlukan seorang bapa.

"Saya akan cari yang betul-betul boleh sayang saya dan Bilqis, kalau hanya saya yang bahagia, untuk apa?" ujarnya.

Ayu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013, namun bercerai kira-kira setahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Bilqis Khumairah.

Ayu Ting Ting

Artikel Lain