suria

Enggan terus bersedih, Bunga Citra Lestari lancar koleksi selendang BCL

Bunga Citra Lestari sudah mula bekerja.

SELEPAS pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu, isterinya pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari kini sudah mula bekerja.

Selain daripada kerjaya seni, Bunga kini menceburi perniagaan selendang secara dalam talian menerusi laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan hati ibu Ashraf Sinclair, terima kenyataan anak meninggal dunia - “Terima kasih kerana berkongsi kesedihan dengan kami”

Akaun @rumahbcl itu merupakan akaun online store rasmi milik Bunga Citra Lestari dan setakat ini mempunyai 10,000 jumlah pengikut dan turut memuat naik foto ibunya Emmy Syarif sebagai model.

Ibu Bunga Citra Lestari turut mengayakan selendang jenama BCL.

Akaun tersebut dibuka sejak seminggu yang lalu kini sudah memuat nak kira-kira 18 foto logo dan jenis selendang yang dijualnya.

Manakala gambar produk pertama yang dimuat naik adalah sebuah tudung jenis pashmina.

Selain itu, ibu mentua Bunga iaitu Khadijah Abdul Rahman atau Dida turut memuat naik foto tudung tersebut di laman Instagram pada Isnin.

Perkara itu mendapat reaksi positif peminatnya yang kini sudah membuat pesanan.

Bunga Citra Lestari

Artikel Lain