TINDAKAN penyanyi Krisdayanti dan keluarga bercuti di Eropah ketika penularan wabak Covid-19 terus menerima kecaman hebat netizen. Menjelaskan situasi sebenar, suami kepada Krisdayanti iaitu Raul Lemos berkata percutian mereka itu dirancang kira-kira dua bulan sebelum penularan wabak tersebut. "Rancangan percutian keluarga itu dirancang lama. Malah dua bulan sebelum penyebaran Covid-19 di seluruh dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Covid-19, Krisdayanti akan tamatkan percutian di Eropah lebih awal "Tidak mudah untuk saya jadualkan waktu bersama keluarga kerana kesibukan kerja masing-masing dan anak-anak juga bersekolah," katanya. Setelah memikirkan segala kemungkinan, Raul memberitahu mereka sepakat meneruskan percutian tersebut kerana jadual tersebut telah disusun dan diatur sebaiknya. "Saya terlebih dahulu kena aturkan jadual yang padat untuk disesuaikan dengan cuti sekolah anak-anak. Krisdayanti bersama suami dan anak-anaknya. "Isteri pula sebagai anggota wakil rakyat agak sibuk bersidang dan kali ini waktu rehat untuknya bersama keluarga. "Setelah pertimbangkan agenda dan jadual masing-masing, saya membuat keputusan dan mengatur tarikh 12 Mac sehingga 27 Mac sebagai waktu paling sesuai kami sekeluarga bercuti," ujarnya. Sementara itu, Raul berkata sebagai bapa dan suami, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Malah, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menghiburkan keluarga tersayang. "Sebagai ketua keluarga, ayah... semestinya saya ingin menggembirakan anak-anak dan sentiasa melakukan yang terbaik demi orang-orang yang saya cintai. "Oleh kerana itu, kalau ada yang nak dipersalahkan atas apa yang terjadi ini, saya sebagai suami dan ketua keluarga yang harus bertanggungjawab dan dipersalahkan. Bukan isteri saya!," katanya. SUMBER: Tribunnews