suria

Ashanty mahu pindah rumah... pening bil elektrik RM7,800 sebulan, bayar gaji pembantu 18 orang!

Ashanty dan suami Anang perlu menanggung kos penyelenggaraan rumah yang tinggi setiap bulan.

PENYANYI Ashanty mendedahkan dia dan suami, Anang Hermansyah merancang untuk berpindah ke kediaman baharu kerana terbeban dengan kos penyelenggaraan.

Menurut laporan Grid.ID, Ashanty berkata mereka terpaksa membayar gaji ramai pembantu rumah selain menanggung bil elektrik yang tinggi setiap bulan.

"Setiap tingkat ada pembantu... bayangkan tingkat atas ada lima orang dan tingkat bawah ada enam orang.

"Jumlah keseluruhan ada 18 orang termasuk pengawal dan pegawai.

"Itulah sebabnya mahu pindah rumah," katanya.

Ashanty dan Anang berkongsi cerita mengenai kediaman mewah mereka itu menerusi Youtube Sule Channel, baru-baru ini.

Ditanya mengenai kos elektrik yang perlu ditanggung setiap bulan... ini jawapan Ashanty!

"Saya perlu membayar 26 juta Rupiah (kira-kira RM7,800) sebulan.

"Itu tak kira internet lagi... kos keseluruhan yang perlu dibayar untuk rumah ini saya tak tahu, jadi mahu pindah," ujarnya.

Ashanty, Anang

Artikel Lain