suria

Engku Emran muat naik foto kuarantin bersama anak, netizen tanya mana Laudya Cynthia Bella?

Hubungan Laudya dan Emran menjadi tanda tanya netizen.

HUBUNGAN rumah tangga pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella dan ahli perniagaan Malaysia Engku Emran menjadi tanda tanya netizen sejak kebelakangan ini.

Rata-rata netizen mempersoalkan kedua-dua mereka masih lagi suami isteri atau tidak selepas Laudya memadam foto-foto suaminya termasuk foto nikah di laman sosial miliknya.

Terbaharu, Emran memuat naik foto kuarantin bersama anaknya Aleesya tanpa Laudya mendapat perhatian netizen.

"Gadis paling manis. Sudah lama kami tak baca buku bersama #nyamandalamsepu," tulis Emran.

Anak-beranak itu kelihatan sedang membaca buku di rumahnya di Kuala Lumpur ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Manakala, menerusi laman sosial peribadi Laudya, dia kini berada di Indonesia sejak awal Mac lalu.

Pelakon popular itu sibuk dengan pelbagai kegiatannya termasuk mengumpul dana bagi membantu masyarakat yang terkesan kerana Covid-19.

Sementara itu, Emran membataskan komen di posting tersebut bagi mengelakkan komen-komen negatif netizen berkaitan isu itu.

SUMBER: KAPAN LAGI

Artikel Lain