suria

Ku Hye Sun berhasrat kembali berlakon, mahu lupakan kisah perceraian dengan Ahn Jae Hyun

Ku Hye Sun mahu kembali berlakon.

PELAKON Ku Hye Sun memberitahu dia kini hanya ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri dan mahu melupakan masalah rumah tangga dan perceraiannya dengan aktor, Ahn Jae Hyun.

Memetik laporan Soompi, Ku Hye Sun berkata dia ada membuat perancangan untuk kembali berlakon di masa akan datang namun buat masa kini keadaan tidak mengizinkan.

"Daripada memikirkan mengenai perceraian, lebih baik saya beri tumpuan kepada diri saya sendiri. Saya bekerja keras untuk melupakan segalanya dan hanya fikir untuk mempersiapkan masa depan saja.

"Tidak ada masalah yang terjadi mengenai tuntutan perceraian. Perkara itu akan selesai satu hari nanti. Pada masa ini saya lebih berfikir mengenai masa depan dan diri saya.

Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun pernah dedahkan punca perceraian mereka di laman sosial.

"Saya ada berfikir untuk kembali berlakon di masa akan datang kerana kalau mahu buat promosi waktu sekarang ini sangat sukar. Saya menjangkakan keadaan akan baik secara berangsur-ansur," katanya.

Sebelum ini, pasangan itu mendedahkan punca perceraian mereka di laman Instagram masing-masing sehingga mendapat perhatian netizen.

Ahn Jae Hyun berulang kali menyebut bekas isteri memutar belit fakta sedangkan wanita itu telah bersetuju untuk bercerai pada 30 Julai lalu selepas keduanya tidak tinggal bersama lagi.

Ahn Jae Hyun turut mengakui sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depresi.

Ku Hye Sun, Ahn Jae Hyun

Artikel Lain