NAMA pelakon Ansel Elgort menjadi perbualan hangat netizen apabila dia memuat naik foto separuh bogel di laman Instagram. Menurut laporan E! News, Ansel melakukan tindakan berani itu kerana mahu mengajak orang ramai menderma kepada salah satu portal kebajikan Go Fund Me. Ia juga merupakan satu usaha yang digerakkan olehnya bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, foto seksi tersebut sudah diturunkan oleh pihak Instagram. Menerusi tabung Brooklyn For Life!, dia giat mengutip sumbangan bagi membantu petugas barisan hadapan yang sedang berjuang berdepan Covid-19. Dilaporkan mereka kini sudah mengumpul dana sebanyak AS$210,000 (RM918,000). Badan kebajikan ini ditubuhkan oleh aktor Jeffrey Wright sejak 23 Mac lalu.