suria

Penerbit filem AADC dedah pernah halang hasrat Nicholas Saputra untuk berkahwin 15 tahun lalu

Nicholas pernah ada hasrat untuk berkahwin di usia muda.

PELAKON Nicholas Saputra pernah mempunyai hasrat untuk berkahwin di usia muda namun ditolak oleh penerbit filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) Mira Lesmana.

Menurut laporan Liputan6, Mira mendedahkan perkara itu bersama Nicholas dalam siaran langsung di laman Instagram Miles Films pada Isnin.

"Perkara ini tidak banyak orang yang tahu, 15 tahun yang lalu, Nicholas memberitahu saya bahawa dia ingin berkahwin dan sudah bersedia untuk berkahwin.

"Banyak juga yang bertanya mengenai dia bila hendak berkahwin, namun saya menentang hasratnya untuk berkahwin di usia muda," katanya.

Dalam pada itu, Nicholas bersyukur tidak jadi berkahwin di usia muda kerana dia berasa sangat seronok menikmati masa bujangnya.

"Saya sama sekali tidak menyalahkan anda. Pada masa itu saya hanya bertanya dan anda terkejut. Walaupun saya tidak jadi berkahwin di usia muda, tetapi saya tetap bersyukur sebab saya menikmati masa sekarang ini," ujarnya.

Nicholas Saputra, Mira Lesmana.

Artikel Lain