suria

Peminat kagum Inul Daratista sanggup ke dapur buat kek hari jadi anak! - “Semoga jadi lelaki hebat!”

Peminat puji Inul sanggup ke dapur dan menyediakan kek sempena hari jadi anaknya itu.

BERSEMPENA ulang tahun kelahiran Yusuf Ivander Damares ke-11, penyanyi dangdut Inul Daratista menyediakan sendiri kek istimewa untuk anak kesayangannya itu.

Perkongsian Inul di laman Instagram itu menarik perhatian pengikut, lebih-lebih lagi apabila penyanyi ini menunjukkan cara-cara pembuatan kek tersebut.

Umum mengetahui Inul merupakan antara selebriti yang rajin ke dapur dan menyediakan pelbagai hidangan untuk keluarga.

Selain berkongsi cara penyedian kek coklat tersebut, Inul turut menulis ucapan istimewa untuk anak lelakinya itu.

"Membesarlah jadi lelaki hebat, jadilah lelaki pelindung, berhati emas, dermawan dan soleh. Semoga menjadi kebahagian ibu dan ayah.

"Semoga dipanjangkan usia dan melihat keturunanmu kelak. Engkau adalah utusan Allah untuk kami, maaf jika dalam perjalanan ini ada yang kurang di matamu," tulis Inul.

Dalam foto tersebut, Inul juga dilihat menyediakan beberapa bungkusan makanan yang ingin diberikan kepada kenalan bersempena memperingati pertambahan usia anaknya itu.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen mengagumi bakat memasak yang dimiliki oleh Inul.

Malah, mereka turut menyatakan hasrat ingin merasa air tangan masakan penyanyi popular Indonesia ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Inul Daratista

Artikel Lain