suria

Beyonce mahu rakyat Amerika Syarikat kekal bersatu tuntut keadilan kematian George Floyd

Beyonce sampaikan pesanan kepada jutaan pengikutnya berikutan kes kematian George Floyd pada 25 Mei lalu.

PENYANYI terkenal antarabangsa Beyonce, 38, berkongsi gambar di Instagram berserta kata-kata semangat berkaitan kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) sejak kematian George Floyd.

"Dunia bersatu untuk George Floyd. Kita tahu ada perjalanan yang panjang di hadapan.

"Mari kita kekal bersama dan fokus dalam seruan kita untuk keadilan yang sebenar," tulis Beyonce.

Penyanyi lagu Crazy In Love ini menyuarakan pendapatnya beberapa hari lalu tentang sikap yang perlu diterapkan rakyat AS pada waktu ini di dalam sebuah video di mana dia menuntut keadilan untuk George dan mereka yang pernah menerima nasib sama.

Video tersebut dimuat naik di Instagram penyanyi itu pada 29 Mei lalu.

George Floyd, 46, seorang lelaki berkulit hitam meninggal dunia akibat kegagalan bernafas selepas anggota polis, Derek Chauvin, melutut di leher George selama hampir sepuluh minit.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Beyonce, George Floyd

Artikel Lain