suria

Song Ji Hyo hilang 7 kg berat badan demi watak dalam filem 'Intruder'

Song Ji Hyo sanggup kurus demi menjayakan watak dalam filem terbaharu. Foto: Koreaboo

PELAKON Song Ji Hyo mendedahkan dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuh kilogram sepanjang proses penggambaran filem Intruder.

Menurut laporan Koreaboo, Song Ji Hyo memberitahu pengarah mahu dia membawakan watak seorang wanita yang kurus dan perlu menjalani diet khas bagi mendapatkan bentuk tubuh sedemikian.

"Sebelum mula penggambaran, pengarah minta saya mulakan diet. Sebenarnya tiada masalah untuk berdiet sebelum shooting kerana kita ada masa tapi susah nak kekalkan berat itu sepanjang tempoh penggambaran.

"Mulanya berat badan turun lima kilogram, kemudian dua kilogram. Setelah menjalani diet tersebut, keadaan kesihatan sedikit merosot kerana terlalu membuatkan berat badan turun lebih cepat," katanya.

Sementara itu, Song Ji Hyo berkata dia perlu menjalani rutin senaman termasuklah menjaga pemakanan setiap hari.

"Seiring usia, berat badan agak susah nak turun, jadi memang kena kawal diet makan dan berlari sejauh 10 kilometer setiap hari.

"Itu antara cabaran nak kuruskan badan... tapi sekarang selepas selesai penggambaran, berat badan saya naik semula!," ujarnya.

Song Ji Hyo, Intruder

Artikel Lain