PELAKON Ivan Gunawan mengaku pernah menaruh perasaan terhadap penyanyi Ayu Ting Ting. Selebriti berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi podcast Ruben Onsu baru-baru ini. Sebelum ini, Ayu dan Ivan sering dilaporkan menjalin hubungan cinta malah mereka sendiri pernah mengaku saling memahami perasaan masing-masing. Namun, keakraban kedua-dua selebriti ini membangkitkan kemarahan peminat Ivan. Segelintir peminatnya meminta pelakon itu untuk tidak menjalinkan hubungan dengan Ayu. Menerusi podcast tersebut, Ivan secara terbuka memberitahu dia pernah meminta Ayu untuk menjadi kekasihnya di samping meminta penyanyi itu memutuskan hubungan dengan kekasihnya pada ketika itu. "Saya pernah menyuruh awak berpisah dengan kekasih awak, ingat tak? "Saya cakap, kalau awak berpisah dengan kekasih awak, awak mahu tak bercinta dengan saya?" katanya. Bagaimanapun, Ayu menolak permintaan Ivan kerana pada ketika itu mereka masih belum akrab seperti sekarang. "Takut saya, kerana waktu itu saya masih belum kenal awak dengan baik," jawab Ayu. Sumber: liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!