suria

Selepas 12 tahun menjanda, Yuni Shara sedia cari suami baharu! - “Tapi anak tak mahu bapa muda, takut jadi bualan”

Yuni Shara mahu anak-anak merestui lelaki yang bakal menjadi suaminya.

SETELAH 12 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi popular Indonesia Yuni Shara memberitahu dia tidak menolak untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Menerusi laporan Liputan6, Yuni berkata dia sudah memiliki beberapa kriteria untuk bakal suami dan berharap dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.

"Lelaki itu harus pintar, boleh berbual. Kalau tanya umur, saya sebolehnya mahu orang yang lebih tua.

"Biar usia sesuai, anak pun tak mahu bapa lebih muda. Mereka pesan... bonda kalau mahu cari teman, kalau boleh yang lebih tua dari usia tapi janganlah tua sangat!," katanya ketika ditemubual di laman YouTube Melaney Ricardo pada Selasa.

Yuni bersama dua anak kesayangannya.

Sementara itu, adik kepada Krisdayanti ini berkata anak-anaknya melarang dia berkahwin dengan lelaki muda kerana bimbang hal itu menjadi perbualan masyarakat.

"Kata anak-anak, kisah-kisah sebelum ini pernah menjadi perbualan ramai dan sangat meninggalkan kesan.

"Jadi mereka tak mahu ibunya jadi bahan bualan lagi... atau saya rasa sebenarnya mereka yang tak mahu saya pergi mana-mana," ujarnya.

Yuni berkahwin dengan Henry Siahaan pada tahun 2002 dan bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Cavin Obient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Yuni Shara

Artikel Lain