GARA-GARA terlalu taasub dengan penyanyi Justin Bieber, ibu kepada Billie Eilish iaitu Maggie Baird mendedahkan dia dan suaminya, Patrick O'Connell hampir menghantar anak mereka ke pusat terapi. Memetik laporan Hollywoodlife, Maggie memberitahu Billie akan menangis teresak-esak setiap kali mendengar lagu Justin Bieber terutamanya ketika mengetahui lagu As Long As Love Me akan keluar. "Ada satu ketika itu, kami dalam perjalanan nak ke studio tarian bersama Billie, dia memasang lagu Justin Biebier sambil menangis teresak-esak sepanjang pergi dan balik. "Saya ingat lagi masa Billie beritahu saya dengan perasaan teruja mengenai lagu As Long As You Love Me akan keluar dan dia terus menangis. "Kami pernah terfikir untuk bawa Billie ke pusat terapi sebab dia terlalu menyimpan perasaan terhadap Justin Bieber," kata Maggie. Sebelum ini Billie pernah mengakui dia sangat meminati suami kepada model terkenal Hailey Baldwin itu sejak kecil lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!