PELAKON Nicola Peltz dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan anak lelaki kepada pasangan Hollywood terkenal David Beckham dan Victoria Beckham iaitu Brooklyn. Memetik laporan Hollywoodlife, Nicola yang juga pelakon filem Transformers bertunang dengan anak sulung pasangan itu selepas tujuh bulan menjalinkan hubungan cinta. Berita gembira itu turut disahkan sendiri Brooklyn menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto dia bersama Nicola yang memakai cincin pertunangan mereka. "Dua minggu lalu saya melamar cinta hati saya untuk kahwin dengan saya dan dia menerima lamaran saya. Saya adalah lelaki paling bertuah dalam dunia," tulis Brooklyn. Nicola luah perasaan cinta terhadap Brooklyn. Dalam pada itu, Nicola turut meninggalkan komen di foto yang dirakam oleh adik Brooklyn iaitu Harper dengan meluahkan rasa cinta terhadap tunangnya itu. "Awak menjadikan saya wanita paling bertuah dalam dunia ini. Saya tak sabar nak habiskan seluruh kehidupan saya disamping awak. Cinta awak adalah hadiah yang paling berharga. "Saya sangat sayangkan awak dan terima kasih Harper untuk gambar ini," kata Nicola. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!