suria

Selepas berpisah dengan John Miller, foto mesra Jennifer Garner bersama Badley Cooper cetus spekulasi

Hubungan rapat Jennifer dan Bradley hanya sekadar kawan sahaja.

SELEPAS mengesahkan hubungan cintanya dengan John Miller sudah berakhir, pelakon Jennifer Garner dilihat semakin mesra dengan pelakon Badley Cooper.

Foto Jennifer dan Badley ketika berada di sebuah pantai pada Rabu lalu turut menarik perhatian umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta dengan John Miller berakhir, Jennifer Garner bahagia jalani kehidupan tanpa lelaki

Bagaimanapun sumber terdekat memberitahu Jennifer dan Bradley tidak pernah menjalinkan hubungan cinta namun mengakui mereka sememangnya kawan yang sangat rapat.

"Mereka tidak bercinta. Hanya rakan baik dan Jennifer idolakan Bradley tapi dia selalu kata yang Bradley sekadar kawan baik sahaja," katanya.

Jennifer dan Bradley sudah mengenali satu sama lain selama 20 tahun namun sepanjang perkenalan itu hubungan mereka hanya sekadar rakan baik.

Baru-baru ini, sumber terdekat mengesahkan Jennifer sudah berpisah dengan John Miller selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Menurutnya, Jennifer kini lebih bahagia dan selesa menjalani kehidupan tanpa lelaki.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain