suria

Emma Roberts akhirnya berani tayang ‘baby bump’, bakal timang anak lelaki

Emma kongsi foto memperlihatkan baby bump.

SETELAH lama berteka-teki akhirnya pelakon terkenal Emma Roberts mengesahkan dia kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Emma berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram dengan memuat naik foto dia dalam keadaan hamil bersama kekasihnya iaitu Garret Hedlund.

"Saya... dan dua orang lelaki kegemaran saya," tulis Emma secara ringkas.

Ruang komen di perkongsian tersebut di penuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat yang tidak sabar menantikan kelahiran pertama pelakon filem Scream Queens itu.

Sekitar Jun lalu, Emma Roberts, 29, buat pertama kali muncul di khalayak umum bersama teman lelakinya itu selepas berita kehamilannya diperkatakan.

Bagaimanapun, ketika itu Emma dan teman lelakinya hanya mengunci mulut mengenai kehamilan tersebut.

Emma dan Garrett mula menjalinkan hubungan cinta sejak awal 2019 selepas berpisah dengan bekas tunangnya yang juga pelakon Evan Peters sekitar Januari 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain