suria

Krisdayanti tak kenal Atta Halilintar secara peribadi, pernah jumpa belakang pentas tahun lalu - “Belum tahu karakternya seperti apa”

Krisdayanti belum mengetahui mengenai rancangan perkahwinan anaknya dan Atta.

BAKAL mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, personaliti media sosial, Atta Halilintar masih belum bertemu dengan bakal ibu mentua iaitu penyanyi popular Krisdayanti.

Menerusi laporan Liputan6, Krisdayanti berkata dia tidak mengenali Atta dan mereka hanya pernah bertentang mata di sebuah acara tahun lalu.

"Saya tak tahu (tentang Atta), memang saya pernah berjumpa sekali pada Mei 2019 di belakang pentas, sebelum mereka jadi pasangan kekasih.

"Jadi saya tidak tahu dan belum kenal karakter Atta seperti apa," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Menghitung Hari ini berkata Aurel masih belum memaklumkan kepadanya mengenai perancangan perkahwinan mereka.

Sebaliknya, dia mengetahui mengenai perkara itu menerusi berita yang dibaca.

"Hanya berita-berita yang disebar... mahu tak mahu pasti ada berita sampai kepada saya.

"Sehingga kini belum ada ungkapan atau perkataan secara lisan dari Aurel kepada saya, jadi saya belum tahu apa-apa," katanya.

Pada awal Ogos lalu, Atta meluahkan hasrat dan keinginannya untuk bertemu dengan bakal ibu mentuanya itu setelah menerima banyak komen dan permintaan daripada peminat yang mahu melihat Atta dan Krisdayanti bertentang mata buat pertama kali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain