SEORANG penyanyi wanita dan bekas ahli kumpulan popular diselamatkan daripada cubaan bunuh diri. Penyanyi itu dilaporkan cuba melompat dari atas jambatan Sungsan. Menurut kenyataan polis, wanita berusia awal 20-an yang dikenali dengan nama keluarga Shin naik ke atas rel jambatan seolah-olah ingin terjun. Polis tiba ke lokasi kejadian selepas menerima laporan orang ramai tentang cubaan bunuh diri. Sebelum ini, penyanyi itu pernah menggemparkan industri muzik Korea Selatan selepas mendakwa dirinya dibuli anggota kumpulannya. SUMBER: ALLKPOP Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!