suria

Akshay Kumar minum air kencing lembu setiap hari, percaya dapat lawan Covid-19

Akshay teruja nak cuba minum air teh yang diperbuat daripada najis gajah.

PELAKON Akshay Kumar mendedahkan dia minum air kencing lembu setiap hari kerana mempercayai ia mempunyai khasiat perubatan terutamanya bagi melawan wabak Covid-19.

Memetik laporan Pinkvilla, Akshay memberitahu perkara itu ketika diminta untuk minum teh yang diperbuat daripada najis gajah dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls.

Menurut pelakon berusia 53 tahun itu, dia berasa teruja untuk mencuba minuman tersebut dan menganggap ia bukan sesuatu yang begitu teruk.

"Saya amat teruja untuk minum air teh tersebut. Malah, saya juga minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan ayurveda.

"Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk," katanya dalam satu perbualan media secara langsung menerusi laman sosial baru-baru ini.

Walaupun tiada bukti saintifik mengenai manfaat perubatannya, beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu bagi merawat COVID-19.

Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam perubatan tradisi ayurveda.

Malah, kerajaan Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan 'perisai perlindungan' terhadap COVID-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain