LAMA menyepi dari dunia hiburan Indonesia, penyanyi Syahrini kembali tampil dalam sebuah acara. Syahrani melalui detik lucu apabila dia diminta untuk menukar baju gaun beberapa minit sebelum naik ke atas pentas. Penyanyi lagu Sesuatu ini menerusi Instagram memuat naik beberapa foto menceritakan bagaimana dia dan pasukannya terpaksa menukar warna baju dari merah jambu kepada oren. Syahrini. Gaun rekaan Danny Satriadi ini diubah menjadi warna oren dalam waktu yang singkat dengan hanya disembur cat. "Jadi awalnya baju oren yang Incess (Syahrini) pakai ini warna merah jambu, sudah cantik dan sempurna. "Bila sudah siap sedia untuk naik ke pentas tiba-tiba klien minta menggantikan baju warna oren. "Dengan durasi sangat singkat di acara live show, kami hanya mampu menyembur cat warna oren sahaja," ujarnya. Isteri Reino Barack ini mengaku tidak selesa sepanjang persembahan gara-gara bau cat yang sangat kuat. Bagaimanapun, Syahrini tidak menganggap ia satu masalah dan bersyukur diberi pasukan yang profesional.SUMBER: Liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!