HUBUNGAN cinta antara pelakon Brad Pitt dan Nicole Poturalski mendapat perhatian pengacara program temu bual iaitu Wendy Williams yang berpendapat pasangan itu hanya akan bertahan selama enam bulan sahaja. Memetik laporan Hollywoodlife, Wendy memberitahu Nicole hanya mempergunakan bekas suami kepada pelakon Angelina Jolie itu untuk kepentingannya sahaja. "Saya rasa hubungan itu hanya akan bertahan paling lama enam bulan. Kawan kepada Brad beritahu yang Nicole bersama Brad hanya untuk perhatian. "Saya tidak mengenali gadis ini tetapi ini pasti sesuatu yang akan meletakkan dia di muka hadapan berita. Lebih baik dia gunakannya sebanyak yang boleh dapat. Angelina bimbang hubungan cinta Brad dan Nicole beri kesan kepada anak-anak. "Dan saya yakin pada usia 27 tahun, dia boleh dapat. Brad... berhati-hati. Semoga berjaya," katanya. Sebelum ini, Angelina jolie turut meluahkan rasa bimbang jika percintaan bekas suaminya dan model itu akan memberi kesan kepada anak-anak. Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada 2016. Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!