suria

Lily Collins tayang cincin pertunangan, terima lamaran Charlie McDowell di kawasan pergunungan

Lily tayang cincin pertunangannya dengan Charlie McDowell.

PELAKON Lily Collins berkongsi berita gembira bahawa dia sudah dilamar oleh penulis dan pengarah Charlie McDowell baru-baru ini.

Lily menerusi Instagram miliknya memuat naik foto dia menunjukkan cincin pertunangannya di jari manis sambil menyatakan tidak sabar untuk menghabiskan kehidupan mereka bersama.

"Saya menantikan awak sepanjang hidup ini dan saya tidak sabar untuk habiskan masa kita bersama sampai bila-bila," kata Lily.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti antaranya Reese Witherspoon, Ciara, Courtney Cox, Jennifer Garner serta Billie Lourd.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta dan terbuka untuk berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial sejak Ogos tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain