HUBUNGAN cinta personaliti media sosial yang juga disc jockey (DJ) Nathalie Holscher dengan pelawak Sule semakin rapat dan mesra. Menerusi laporan Liputan6, Nathalie Holscher mengakui dia ada menyimpan niat untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya jika Sule serius tentang mereka. Malah ketika ditanya oleh salah seorang anak kepada Sule iaitu Putri Delina, Nathalie terbuka berkata dia mahu lebih serius dengan pelawak tersebut. "Bukan ada atau tidak, tapi memang ada (niat) ke peringkat yang lebih serius. Jadi macam ini la, awak cakap dekat ayah, kalau dia lebih serius, saya pun akan jadi lebih serius,"kata Nathalie. Sebelum ini, Nathalie mengakui dia membuang foto yang memperlihatkan tatunya di laman Instagram atas permintaan Sule. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!