suria

Aurel Hermansyah akan adakan majlis setiap bulan menjelang perkahwinannya tahun depan

Aurel dan Atta bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

PASANGAN selebriti terkenal iaitu Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar kini sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Menerusi laporan Liputan6, anak kepada penyanyi Anang Hermansyah berkata, dia mahu mengadakan acara sempena menjelang majlisnya pada setiap bulan sepanjang setahun.

"Sebagai contoh, pertemuan keluarga akan diadakan pada Februari dan sepanjang setahun akan ada saja majlis. Jadi, setiap bulan akan sentiasa ada acara," ujarnya.

Sebelum ini, Aurel berkongsi berita gembira dilamar oleh YouTuber terkenal itu semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada 10 Julai lalu.

Majlis istimewa itu diadakan di sebuah kapal persiaran mewah mengelilingi bandar Jakarta, Indonesia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain