HUBUNGAN cinta anak kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu El Rumi dengan pelakon Marsha Aruan dilaporkan sudah berakhir, baru-baru ini. El Rumi bagaimanapun berkata pintu hatinya masih terbuka untuk mencari pengganti dan tidak pernah serik bercinta. Menerusi temubual dalam program Okay Boss, El Rumi berkata dia bersedia untuk kahwin muda. "Sekarang saya berumur 21 tahun. kalau umur 24 itu muda lagi tak? Ikut rancangan (kahwin) umur 24 atau 25 tahun... tapi bonda kata masih muda, ayah dulu nikah umur 24 tahun dan punya anak setahun kemudian," katanya. Semasa siaran program tersebut, El diminta menghubungi ibunya, Maia Estianty dan bertanyakan mengenai permintaannya itu. Kata Maia, El merupakan seorang playboy dan memiliki banyak kekasih hati seperti pengacara program tersebut iaitu Raffi Ahmad. "Dia banyak kekasih. Ingat Raffi Ahmad je yang boleh. Kalau Ahmad itu masih banyak... Ahmad El Rumi pun begitu maksudnya," ceritanya. SUMBER: Hot Detik