suria

Nikita Mirzani gembira Ayu Ting Ting sudah jumpa pasangan hidup - “Akhirnya dia tidak keseorangan lagi”

Nikita anggap Ayu wanita yang bertuah dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik.

PELAKON Indonesia Nikita Mirzani meluahkan rasa gembira apabila rakan baiknya iaitu penyanyi Ayu Ting Ting semakin bahagia selepas bertemu pasangan hidupnya.

Memetik laporan Liputan6, Nikita berkata Ayu wanita yang bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik seperti Adit Pradana Jayusman.

"Saya salah seorang yang gembira apabila mengetahui dia (Adit) berjaya menambat hati Ayu. Selepas ini Ayu tidak keseorangan lagi.

"Selama ini ada saja lelaki yang bukan-bukan cuba dekati Ayu. Tapi sekarang Ayu semakin gembira bersama seorang lelaki yang baik seperti Adit," katanya.

Sebelum ini, bapa kepada Ayu iaitu Rozak juga mengakui kedua-dua belah keluarga mereka juga sudah bertemu dan mengharapkan semua mendoakan yang baik-baik.

Bagaimanapun, Ayu memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenai khabar angin yang mengatakan dia dan kekasihnya sudah mengikat tali pertunangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain