PENYANYI dan pelakon Indonesia Irwansyah berkongsi mengenai perubahan sikap isterinya iaitu Zaskia Sungkar yang kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Memetik laporan Liputan6, Irwansyah memberitahu kadang-kala Zaskia meminta sesuatu daripadanya dengan menggunakan nada suara yang sedikit tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas mengidam jering, isteri Irwansyah teringin nak pijak rumput pula - “Mujur bukan mahu pijak awan” Bagaimanapun, Irwansyah tidak mempunyai masalah dengan sikap isterinya itu kerana menganggap ia salah satu faktor perubahan pada wanita sedang hamil. "Tak jadi masalah untuk saya. Kalau katakan dia minta sesuatu, nada suaranya agak sedikit tinggi. Tapi saya cakap tak apa la sebab kebahagiannya lebih diutamakan," katanya. Irwansyah sudah memenuhi permintaan isteri ingin melihat laut. Dalam pada itu, Irwansyah memberitahu dia juga akan memenuhi permintaan isterinya yang mengidam untuk makan sesuatu dan ingin pergi melihat laut serta gunung. "Alhamdulillah, dia mengidam hanya makanan. Sekarang sudah ada aplikasi online, jadi lebih mudah. Kalau sebelum ini kita perlu keluar rumah untuk beli. "Tapi ada juga tiba-tiba dia teringin nak pergi ke laut atau gunung. Alhamdulillah dah dapat pergi ke laut, hanya tinggal nak ke gunung saja," katanya. Selain itu, Zaskia yang kini hamil empat bulan pernah mengidam untuk memijak rumput di rumah adiknya Shireen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!