suria

Rita Ora minta maaf anjur majlis hari jadi semasa tempoh perintah berkurung Covid-19

Rita Ora mohon maaf anjur majlis hari jadi ketika pandemik Covid-19.

BINTANG Pop Rita Ora tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka berhubung isu menyambut hari ulang tahun ke-30, yang melanggar perintah 'lockdown' di England.

Rita Ora, 30 mengakui dirinya bersalah kerana mengadakan penghimpunan kecil iaitu bersama dengan 30 orang lagi rakannya di sebuah restoran iaitu Casa Cruz London.

Menurut laporan Pop Culture, pemohonan maaf itu dibuat di Instagram Story walaupun dia tahu ia tidak akan mengubah apa-apa.

"Hi semua, saya telah menghadiri perhimpunan kecil dengan beberapa rakan untuk meraikan ulang tahun ke-30 saya. Ini merupakan suatu keputusan yang salah dibuat apabila kami keluar dari perintah lockdown dan menganggap itu adalah perkara yang tidak serius.

"Saya memohon maaf kerana melanggar peraturan yang membahayakan orang ramai. Ini adalah kesalahan yang serius yang tidak dapat dimaafkan.

"Seperti yang ditegaskan untuk akur pada perintah lockdown, saya menyedari tindakan saya itu sangat tidak bertanggungjawab, walau bagaimanapun setelah apa yang terjadi saya akan mengambil tanggungjawab ini dengan sepenuhnya.

"Saya malu dengan diri sendiri kerana saya tahu betapa sukarnya orang ramai bekerja keras untuk melawan pandemik Covid-19 ini," tulisnya.

Bagaimanapun, ada sumber melaporakan bahawa tindakan akan diambil ke atas pemilik premis, bukan orang yang menganjurkan atau tuan rumah majlis tersebut.

Isu ini lebih timbul kemarahan apabila tiada sebarang tindakan diambil terhadap penyanyi itu dan netizen menganggap itu kerana dia merupakan orang yang terkenal dan kaya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
rita ora,

Artikel Lain