PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia membuatkan orang ramai berada dalam keadaan bimbang termasuk penyanyi Indonesia, Virgoun apabila salah seorang anaknya mengalami demam panas. Memetik laporan Liputan6, Virgoun atau nama sebenarnya Virgoun Putra Tambunan mengakui dia semakin risau apabila melihat anaknya itu dalam keadaan lemah sejak dua hari lalu. Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla ini bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin baik dan kembali ceria pada Jumaat. "Sejak dua hari lalu saya berasa bimbang sebab anak kedua alami demam panas dan badannya sangat lemah. Tapi Alhamdulillah, panas badannya semakin berkurangan dan dia pun kelihatan ceria semula. "Ya Allah saya lupa anak itu masih mempunyai ibu yang selama ini doanya selalu dimakbulkan," kata Virgoun yang berkongsi perkara itu di laman sosial miliknya baru-baru ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!