PELAKON dan penyanyi terkenal Indonesia Irwansyah dan isteri Zaskia Sungkar mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Berita gembira itu diumumkan secara langsung menerusi rancangan televisyen negara itu Indosiar sekaligus meraikan 10 tahun pernikahanan pasangan selebriti itu.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas mengidam jering, isteri Irwansyah teringin nak pijak rumput pula - “Mujur bukan mahu pijak awan” "Lelaki guys!" ujar Irwansyah Dalam perkembangan sama, penyanyi terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed menciptakan lagu istimewa berjudul Titipan Illahi untuk bayi berkenaan. Rata-rata rakan artis dan keluarga terdekat melahirkan rasa gembira kepada Irwansyah dan Zaskia. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun teruja bakal menerima cahaya mata selepas menjalani rawatan IVF. Zaskia Sungkar berkongsi berita gembira tentang kehamilannya menerusi saluran YouTube milik mereka pada September 2020. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!