SPEKULASI mendakwa pelakon filem Harry Potter iaitu Emma Watson mengambil keputusan bersara daripada dunia seni mengejutkan ramai peminat. Berita itu menjadi sebutan netizen selepas ia disiarkan sebuah portal terkenal antarabangsa, baru-baru ini. Enggan membiarkan khabar angin itu terus menjadi perbualan hangat peminat, pihak pengurusan Emma tampil menjelaskan mengenai berita tidak benar itu. "Akaun media sosial Emma sahaja yang tidak aktif tetapi kariernya masih seperti biasa. "Dia cuma tidak mengambil projek baharu buat sementara waktu,” kata wakil pengurus pada Jumaat. Pada Rabu, akibat khabar angin mendakwa Emma memilih untuk bersara, media sosial dihujani pelbagai status sedih daripada peminat. Kali terakhir Emma Watson membintangi filem adalah pada tahun 2019 menerusi filem Little Woman. SUMBER: EW Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!