suria

Andy Lau terlalu rindu rumah, tak seronok jalani kuarantin di hotel

Andy Lau akui rindu rumah dan keluarga.

PELAKON terkenal Hong Kong, Andy Lau berkongsi rakaman video dia menjalani kuarantin di sebuah hotel di Shenzhen, China, baru-baru ini.

Andy, 59, memuat naik video berdurasi tiga minit menunjukkan situasi dan suasana semasa dia dikuarantin menerusi aplikasi Douyin.

Meskipun tajuk video itu ialah ‘Pengalaman menarik Andy Lau’, namun dia kelihatan seperti tidak seronok sama sekali.

"Saya rasa tidak begitu baik, saya rindukan rumah, saya rindu anda semua," katanya yang mungkin merujuk kepada peminat atau isterinya Carol Chu dan anak, Hanna.

Dalam video itu, Andy dilihat merenung ke arah jendela dan menggigit bibir seakan-akan tertekan kerana terpaksa berkurung.

Dia juga menjalani beberapa aktiviti harian seperti berlari, menggosok gigi, memeriksa suhu badan dan mencuci baju sendiri.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum diketahui apakah sebab dia perlu menjalani kuarantin itu.

Tambahan pula sudah menjadi kebiasaan orang ramai menjalani tempoh kuarantin sepanjang pandemik Covid-19 ini.

SUMBER: TodayOnline

Artikel Lain