suria

Alhamdulillah... selepas tiga tahun berkahwin, isteri Opick umum hamil!

Opick dan Bebi berkahwin pada Disember 2018.

ISTERI kepada penyanyi dan pendakwah terkenal Indonesia Opick iaitu Bebi Silvana berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya.

Menerusi Instagram, Bebi meluahkan rasa syukur kerana penantiannya selama tiga tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya tercapai.

"MasyaAllah Tabarrakallah... semoga Allah memberikan kesihatan untuk kami berdua, aku dan bayi dalam rahimku," katanya.

Dalam pada itu, bekas model ini turut berdoa kepada Allah supaya proses kehamilannya itu dipermudahkan.

Keadaan terkini Bebi yang turut menampakkan 'baby bump'.

Malah, dia turut berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang tidak henti memberikan sokongan.

"Allah jauhkan kami daripada pelbagai hal buruk dan merahmati serta terus memberikan kurnia kepada kami, kesihatan, keselamatan dan keberkatannya.

"Terima kasih Allah. Dia akan membantu siapa pun yang hidup di jalan-Nya," ujarnya.

Pada Disember 2018, Opick atau nama sebenar Aunur Rofiq Lil Firdaus mengumumkan sudah berkahwin dengan Bebi Silvana.

Difahamkan, ini adalah pernikahan keempat buat penyanyi yang popular dengan lagu Rapuh itu. - SUMBER: OKECELEBRITY

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain