suria

Tiga hari alami selsema dan sakit kepala, Nikita Willy jalani ujian calitan Covid-19

Nikita bersyukur keputusan ujian calitan Covid-19 negatif.

BAHARU sahaja kembali aktif dalam dunia seni selepas mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan, pelakon Nikita Willy terpaksa menghabiskan masa di rumah selama tiga hari.

Memetik laporan Liputan6, pelakon drama Putri Yang Tertukar itu berdepan dengan masalah kesihatan apabila mengalami selsema sehingga terpaksa berehat sahaja.

Bukan sahaja selsema, malah Nikita yang juga seorang penyanyi itu menerusi Instagram miliknya memberitahu dia juga mengalami saki kepala yang sangat teruk.

"Berada di rumah selama tiga hari disebabkan selsema dan sakit kepala yang teruk," tulis Nikita.

Bimbang dengan keadaan kesihatannya, Nikita mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan atau swab test dan bersyukur dirinya bebas daripada Covid-19.

Nikita melansungkan majlis pernikahan dengan Indra pada 16 Oktober tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain